MENGENAI SYARIKAT

SEJAGAT GLOBAL SDN BHD (1175179-H) adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang mengeluarkan serta memasarkan produk kesihatan yang telah beroperasi selama hampir 10 tahun yang juga dimiliki oleh syarikat Legacy Secret Sdn Bhd (1059570-U), serta diterajui oleh pemilik yang sama iaitu Tuan Mohd Zahid Bin Mohd Zaki. Antara produk yang dikeluarkan oleh syarikat adalah untuk membantu mengatasi masalah kulit (skincare) dan juga produk perlangsingan (slimming). Produk keluaran syarikat kami juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga mempunyai status Halal.

Dengan lebih 100 agen seluruh Malaysia, Sejagat Global yang juga dibawah naungan Legacy Secret Sdn Bhd telah berkembang maju dengan lebih 50 jenis produk dan menawarkan konsep 3P iaitu Pemborong, Pengedar dan Peruncit. Konsep ini menawarkan harga yang berbeza untuk setiap kategori pembelian seperti Pemborong dan Pengedar manakala pengguna pula diberi potongan harga yang istimewa. Sejagat Global juga menyediakan ruang kepada usahawan untuk berniaga produk dengan modal yang sangat rendah serta mudah dijual. Antara produk yang mendapat sambutan hangat termasuklah Glutacaps Blister, Glutab, Dz Garcinia, Eye Care Candy, Moleek Jeragat dan sebagainya.

Kesemua produk tersebut adalah merupakan produk yang berasaskan minuman dan makanan kesihatan untuk kaum hawa dan adam yang mementingkan kesihatan selain untuk mereka yang menghadapi masalah dalaman dan luaran. Sehingga kini sambutan yang diterima dari dalam negara adalah sangat menggalakkan malah terdapat juga permintaan dari luar negara seperti Singapura dan Brunei yang menunjukkan minat terhadap produk Sejagat Global.


VISI

Menjadi syarikat terulung menerajui bidang kesihatan dan kecantikan dan dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa.


MISI

Menyediakan produk yang berkualiti

Menjadi peneraju pasaran dalam pelbagai bidang

Menjadi syarikat yang mampu memberi komitmen penuh pada pelanggan

Dapat menghasilkan produk-produk pioneer supaya boleh menjadi trendsetter dalam bidang ini

LATAR BELAKANG
PENGARAH/PEMILIK SYARIKAT

Tuan Mohd Zahid Bin Mohd Zaki

Pengasas


Beliau merupakan pengasas kepada syarikat Legacy Secret Sdn Bhd dan anak syarikatnya iaitu Sejagat Global. Berumur 27 tahun dan berpengalaman serta telah menceburi bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi. Hasil dari usaha gigih beliau selama hampir 10 tahun berniaga, Beliau kini telah mempunyai lebih 15 cawangan anak syarikat dan dua kilang berasaskan produk makanan dan kesihatan. Terdapat lebih dari 50 jenama produk di bawah Legacy Secret Sdn Bhd dan Sejagat Global.

" menghasilkan produk-produk pioneer supaya boleh menjadi trendsetter dalam bidang ini"

Abdullah Saleh Bin Zubir

Ketua Pengarah Eksekutif (CEO)


Beliau merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) kepada syarikat Sejagat Global, dan merupakan pengarah kepada syarikat BCS Empire iaitu anak syarikat kepada Sejagat Global. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang International Business dan juga menjadi orang kepercayaan di dalam syarikat Sejagat Global. Beliau menceburi bidang kosmetik dan kesihatan selama lebih 3 tahun

"Satu hari akan ku pastikan sejagat global berada di persada antarabangsa".

SUPER LEADER

Khuwarizmi Lutfi bin Khairul Anuar

Super Leader


Amir Muzahid bin Abdul Moin

Super Leader


Mohamad Zuhaidi bin Omar

Super Leader


Aizad bin Abdullah Bek

Super Leader


Khairul Hanafi bin Khairol Hisham

Super Leader


Mohd Hafiz bin Masiat

Super Leader


Shah Rizad bin Arshad

Super Leader